Wednesday, March 23, 2011

S.A.H.A.B.A.T

Apa korang paham dengan maksud SAHABAT??  Mengikut maksud SAHABAT ialah teman, kawan atau rakan dan seumpamanya.. Kat sini aku nak menceritakan apabila SAHABAT memutuskan persahabatan kerana masalah yang dihadapinya... Dalam menjalin persahabatan banyak suka duka yang akan kita rasakan.. Memang bila dengan kawan2 kita akan rasa happy, suka and bergelak ketawa... Di samping itu juga SAHABAT merupakan tempat kita meluahkan masalah, sedih, duka dan pahit... Mungkin kita tak sedar bahawa ada juga SAHABAT yang mempergunakan rakan2 mereka untuk kepentingan sendiri.. Aku berkata dan menulis berdasarkan pemerhatian aku.. Bukan aku nak memburuk-burukan mana2 pihak.. Aku hanya menulis berdasarkan apa yang aku nampak dan apa yang aku rasa.. Kawan memang kita boleh cari.. Merata-rata tempat kalau kita pergi pon boleh dapat kawan.. Even, kalau kat tepi jalan kalau kita sapa confirm kita bleh berkawan dengan mereka2.. Tetapi aku bukan nak cerita tentang kawan yang hanya kawan gitu2 saje.. Nie cerita tentang SAHABAT yang betul2 dinamakan SAHABAT..

Nak diceritakan aku mempunyai kawan yang dah lama jugak la kami berkenal.. Sejak dari sekolah rendah aku kenal dengan dia nie.. Time sekolah rendah dulu kenal pon macam gitu jew.. Tak la rapat pon... Naik sekolah menengah dia berpindah sekejap kat sekolah lain then dia masuk balik kat sekolah menengah sama-sama dengan aku.. Macam mane entah boleh kenal dengan dia dgn rapat lagi... Sampai la kitaorg masuk IPTA still contact lagi walaupon masing2 dah blaja kat tempat lain tapi boleh lagi cntct each other.. Tu bkn la apa yang aku nak sampaikan yang aku nak sampaikan adalah bila time aku ada masalah dia tolong aku, time dia ada maslah pon aku tolong dia... Senang cerita dia nie bukan jenis berkira punye member la.. Member yang betul2 boleh dikategorikan sebagai SAHABAT SEJATI.. huhuhu

Tak kurang jugak aku ada pengalaman dengan member yang berkira nie... Tapi bagi aku, aku jenis suka mengalah dan senang orang pijak2 kepala disebabkan sifat aku yang terlalu lembut membuatkan aku nie boleh dikategorikan sebagai kawan yang senang dibuli..hehehe Tak kisah la apa2 pon yang penting aku akan terus menjadi pemerhati dan akan ku buat keputusan mengikut kajian ku... So, akan bersambung lagi la kisah S.A.H.A.B.A.T 2... STAY TUNE...

Monday, February 14, 2011

Lelaki??

Arini aku ada baca buku motivasi dari Dr. Hm Tuah Iskandar al-Haj.. Mmg best la dia nye motivasi bagi aku..Kat sini aku nak cerita pasal lelaki.. Macam mana kita nak kenal lelaki yang baik ok... Kepada wanita, gadis, perempuan yang mahu mencari jejaka idaman meh kita kenali lelaki...



Lelaki jujur tidak gemar kalau dia dicurigai. Dia juga tidak suka dikatakan sedang menyembunyikan sesuatu. Lelaki jujur biasanya cemerlang dalampelajaran ataupun pekerjaan. Dia tidak punya masa untuk bermain sembunyi-sembunyi. Dia suka berterus terang dan dia mahu orang mempercayai kata-katanya. Kalau dia dicurigai dia boleh berasa amat kecewa danboleh bertindak bodoh.

Misalnya, seorang suami yang memang tiada apa-apa skandal di luar, jika isterinya tidak habis-habis melemparkan kata-kata curiga, dia boleh bertindakbetul seperti apa yang dikatakan oleh isterinya itu. Aku jujur pun isteri aku kata aku tak jujur. Baiklah aku tak payah jujur. Dikhuatiri kata-kata begini mula terdapat di dalam hatinya. Dia mungkin tidak bertindak songsang pada waktu terdekat, tetapi apabila titik hitam mula terbentuk di hatinya lambat laun, ia mungkin terjadi.
Begitu juga seorang lelaki jujur dalam kategori tunang ataupun teman. Orang jujur memang tidak patut dicurigai. Sebenarnya bukan orang jujur saja, siapapun tidak suka jika dia dikatakan tidak baik, meskipun dia memang tidak baik. Jadi, cuba bayangkan perasaan seorang yang baik tetapi asyik dicurigai.
Persoalannya bagaimanakah hendak mengenali lelaki baik? Memang sukar namun kita perlu berpegang pada satu-satu prinsip untuk dijadikan panduan. Kita boleh kata tak semestinya begitu dan tak semestinya begini, tapi jika kita terus berkata begitu, kita tidak akan mencapai kesudahan. Kita akan menjadi seorang jurutikai dan tiba-tiba tanpa kita sedar dia sudah pun meninggalkan kita kerana tidak tahan dengan kerenah kita.
Oleh itu, jadikan apa yang akan saya paparkan di bawah ini sebagai panduan saja. Tidak semestinya betul, harus salah. Lelaki itu jujur jika:
1. Dia seorang yang cemerlang dalam usaha yang dilakukannya. Tidak semestinya betul tetapi kita boleh berpegang lelaki yang sibuk membina kecemerlangan diri memang tidak sempat untuk membina cinta-cinta palsu.Mana mungkin seorang yang sibuk menguruskan perniagaan ataupun tekun melakukan kerjanya ataupun seorang pelajar yang sibuk menelaah ada masa untuk mempermainkan wanita.
2. Dia seorang yang kuat pengamalan agamanya. Tidak semestinya betul sebab orang yang kuat beribadah pun tidak terlepas daripada godaan syaitan, malah semakin besar serbannya semakin besar pula syaitannya. Namun, tentulah lebih ramai yang sempurna hasil kuat peribadahan agamanya berbanding yang ambil tidak peduli dengan agamanya.
3. Dia seorang yang amat mengambil berat tentang keluarganya. Seorang lelaki yang baik pasti seorang yang amat disenangi oleh seluruh ahli keluarganya.Tumpuannya pada kerjaya, keluarga dan TUHAN.
Gabungan ketiga-tiga aspek ini menjadikan seseorang lelaki itu sempurna. Dia sudah tentu tidak punya masa untuk menjalin hubungan-hubungan luar biasa sebab kesibukannya bersama kerjaya, keluarga dan TUHAN.
Kerjaya menjadikannya seorang yang sibuk untuk mengejar matlamat, keluarga sandarannya untuk menjadi seorang penyayang dan bertanggungjawab. TUHAN pula menjadi pengharapannya demi kehidupan yang lebih baik dan sempurna serta kekal abadi. Apakah anda fikir seorang lelaki yang mempunyai tiga aspek begini masih patut dicurigai?
Ramai suri rumah akhirnya ditinggalkan kerana terlalu prasangka, menyangka yang bukan-bukan serta merangsang suami dengan tuduhan-tuduhan tidak berasas. Nasihat saya, berilah kepercayaan padu kepada suami anda selagi belum terbukti sesuatu. Selagi ia berlegar dalam pemikiran ia tidak perlu dilayan.
Selamat membina perhubungan intim dan jadilah orang yang ceria serta bahagia sepanjang hidup kita. Saling mempercayai lebih bagus daripada saling mencurigai.

Sunday, January 16, 2011

Pengubat Hati.. hahahaha

Best gler bile tak payah nak pikirkan masalah yang membuat kita rasa sakit hati so, ak dah ada pengubat hati aku dengan melayan lagu-lagu... hahaha better aku cari information tuk jadi kaya and isi masa dengan dengar lagu-lagu kew??? Update blogg kew?? Salah satu terapi selain nak gy shopping (buang duit jew) baik simpan dan menabung tuk masa yang akan datang... hohoho membe aku ada cakap kat aku kalo kita (students) yang bermewah time study (pada hal guna duit pinjam jew kot) nanti-nanti time dorg dah grad baru tau mcm mne nak kne wat payback.. Aku blaja banking so aku tau interest tuk pinjaman tinggi so, kalo dari skg korg tak melabur dengan betul duit tu mmg masak korg nak byr balik.. kalo keje pon belum tentu cukup kot.. hohoho.. so, before nak menghabiskan duit korg tu think first ok.. pandai2 wat bajeting.. Korg tny aku psl pinjam?? hahaha sorry la aku tak amek pinjaman just use wisely my parents money... Nanti kalo dh keje2 nti senang tak yah nak pikir hutang dengan interest yg tinggi kot.. lepas wat beli kereta sebijik.. hohoho (kuat berangan plak)
Eh, nie dah lari topik nie.. Aku nak citer psl lagu2 indie yg aku tertarik.. hehehe

lagu nie mmg best gak didengari
ada kimia aku dengan engkau
putus tapi ada kebahagian yg lain
muzik die best
duet yg baik nye

so, hope korg enjoy gak la dengar lagu2.. tak yah buang masa nak pikir benda yang menyerabutkan kepala..hoohohoho 

p/s: mari berjimat demi masa depan.. hahaha (tak best langsung statement tukar la) 
jangan berlagak time masih ada...

Saturday, January 15, 2011

Malam Indie

Tetibe plak malam nie aku nak layan lagu indie yg bagi aku karya dorg walaupon tak dapat smbutan dari pihak media.. Yela kan bergerak secara underground of coz la tak semua org tahu karya2 indie band or singer nie kan.. Aku tertarik beberapa karya dorg dari segi lagu and lirik dorg.. Tetibe plak aku nak support indie band nie.. hohoho.. Tapi kan korg mmg bagus pon kalo kita support dorg2 nie.. Yela kan better support our local music dari agung2 kan lagu luar yang memang tak dinafikan ada yang ok and sometime ada yang tak ok la kot.. Bkn aku nak condem mane2 pihak just aku nak bagi  aku nye pendapat.. hehehe skg nie pon dah byk kot genre indie dinaik tarafkan.. hehehe sebagai contoh bunkface, meet uncle hussain, ana raffali, yuna dan ramai lagi indie2 yang dah dikomersialkan kat media.. seperti mana yang tak berapa kenal indie singer seperti Wani Ardy, Fynn Jamal, Melda Ahmad dan indie band plak mcm The Lipstik, Selamat Pagi Gadis, Butang, and banyak lagi laa yang mungkin korg tak kenal.. heheheee apa2 pon ikut korg la suka atau pon tidak dgn group indie terpulang pd rasa masing2.. 


p/s: aku support local music and at the same time lagu luar pon aku dgr gak.. hohoho 

minta izin tuk ambik korg nye pic ok.. terima kasih.. dlm masa yang sama aku promote korg free jew.. huhuhu

Friday, January 14, 2011

Aku gembira tidak bersamamu lagi!

Aku duduk sendirian di kamarku

Menangis kesepian kernamu

Kau tinggalkan aku

Kau cari yang lain

Tergamakmu merobek.. hatiku

Tapi setelah kau pergi aku..

Mendapat lebih BAIK darimu

Dia HARGAI aku

Dia SAYANGI aku

Lebih daripada mu

AKU INGIN KAU TAHU BERTAPA KU GEMBIRA

TIDAK lagi bersamamu…

Namun pastinya nanti kau akan sedari
Yang kau perlu cintaku..

p/s: sy nak mintak permission letak nie kat blogg k

Sunday, December 19, 2010

janji tak kan pergi?

"Sayang, i tak kan tinggal kan u walau apa pun terjadi"


"Awak, kita janji kita akan bersama selamanya"


"I will never let u go"


Huhuhu seperti nya dah puas aku dengar ayat2 cam gini bile seseorang tu sedang hangat bercintun.. Tapi itu la dia ungkapan yang sering diguna pakai oleh org yang bercintun.. Adoii, aku rasa ayat2 seperti di ats nie tak blh pakai lagi la.. Sebab apa yang diungkapkan mungkin tak dilaksanakan dengan sebaik mungkin.. Semua nie hanya sementara jew.. Tapi aku lebih suka dengar kata hati.. walaweh, kata hati?? huhuhu hati aku hanya pada aku dan hati korang, korang jage la sendiri ok~

p/s: sayonara.. arigato for read my blog... :)

Friday, December 17, 2010

KEPADA PENCINTA..

Kepada korang2 yang dalam mood in love tu meh aku bagi sikit tips kat korang bile korang bercintan-cintun nie.. hehehe (pada hal aku pon tak bercintan tapi aku pulak yg nak bagi tips) ikut korang la nak buat ke tak.. Kalo korang buat bagus untuk korang tapi kalo korang tak buat aku tak rugi apa pon.. hahahaha. Selamat mencuba ya! 



1. Sayangi dengan hati bukan perasaan
Jika kamu meletakkan sesuatu perhubungan berdasarkan perasaan, ianya pasti tidak akan bertahan lama. Ini kerana perasaan manusia tidak pernah mampu bertahan lama dan sentiasa berubah mengikut keadaan, masa dan situasi. Sebab itu, sebagai jalan terbaik, kamu mesti menyayangi si dia dengan ikhlas dan sepenuh hati.

Ini kerana jika kamu meletakkan perhubungan kamu berdasarkan hati, maka dari hati jugalah akan lahirnya cinta dan sayang yang kekal abadi untuk anda serta pasangan selama-lamanya.

2. Terima seadanya
Kamu harus akur tiada seorang pun di dunia ini yang sempurna segala-galanya. Oleh sebab itu, kamu harus menerima si dia seadanya dan terima segala kekurangan serta kelemahannya.

Walaupun mempunyai kelemahan, seharusnya kamu menganggapnya sebagai insan paling istimewa dalam hidupmu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah si dia mengikut kehendak kamu. Ini kerana sekali kamu berjaya mengubahnya, kamu akan terus berusaha untuk mengubahnya sehingga kamu merasakan si dia benar-benar sempurna di matamu.

Tentu kamu masih ingat bagaimana kamu boleh jatuh cinta padanya, sudah tentu kerana dia adalah dirinya dan perkara itulah yang perlu kamu pertahankan. Jika kamu terus selesa dengan apa yang ada padanya, si dia sudah tentu lebih cinta kepada kamu.

3. Hargai pengorbanannya
Si dia tentu telah banyak berkorban demi mempertahankan percintaan yang terjalin. Oleh sebab itu, kamu perlu menghargai segala pengorbanannya dan jangan sekali-kali pernah terfikir untuk mempermainkan hati dan perasaannya.

Jika kamu bijak menghargai segala pengorbanan yang telah dilakukannya, tidak mustahil si dia sanggup melakukan apa sahaja untuk kamu demi untuk melihat kamu tersenyum setiap hari.

4. Hormati pendiriannya
Sikap saling hormat-menghormati antara satu sama lain menjadikan hubungan cinta yang terjalin lebih bermakna dan romantis. Jika si dia masih belum dapat menerima cinta kamu sepenuhnya, jangan sekali-kali mendesak atau memaksanya.

Sikap kamu yang suka memaksa dan mendesak membuatkannya cepat bosan dan akhirnya akan pergi meninggalkan kamu. Jalan terbaik, hormatilah pendiriannya dan berikannya masa untuk memikirkan tentang perhubungan yang terjalin.

Sebaliknya, sikap kamu yang memahami dan sentiasa menghormati pendiriannya sedikit sebanyak sudah pasti akan menarik perhatiannya. Oleh itu, berikannya masa. Bak kata pepatah, jika sudah sememangnya jodoh anda bersamanya, pasti tidak akan ke mana-mana.

5. Yakin pada keistimewaannya
Setiap individu pastinya mengimpikan seorang pasangan yang bukan sahaja sempurna malah punya keistimewaan yang tersendiri. Jika pasangan kamu seorang yang tampan, bijak, kaya dan berkerjaya bagus, itu tentunya satu bonus buat anda.

Jika pasangan anda seorang yang sederhana, yakinlah pada keistimewaan lain yang dimilikinya. Jangan sekali-kali merendah-rendahkan dirinya. Apa yang penting si dia mencintai kamu sepenuh hati dan sanggup melakukan apa sahaja demi melihat kamu gembira.

6. Jangan berprasangka
Sikap wanita yang terlalu suka berprasangka buruk terhadap lelaki sering menjadi alasan mengapa lelaki suka mencari wanita lain di dalam hidupnya. Ini kerana sikap suka berprasangka hanya akan memburukkan perhubungan yang terjalin.

Jalan terbaik, kamu memberikannya peluang untuk memberi penjelasan dan percayalah kepada kata-katanya. Jika kamu masih ragu-ragu, selidikinya dengan cara yang paling terpuji dan cuba letakkan diri kamu di dalam situasi yang sedang dihadapinya.

Sikap kamu yang sentiasa memberikannya peluang untuk menyatakan perkara sebenar sudah pasti amat dihargainya. Sekaligus peluang untuk kamu menjalinkan hubungan cinta dengan lebih bermakna, terbentang luas di hadapanmu.

7. Sayanginya setiap hari
Usah sesekali kamu berjanji untuk mencintai dan menyayangi si dia buat selama-lamanya kerana selama-lamanya bagi kamu mungkin akan berakhir keesokan harinya.

Cubalah berjanji untuk menyayangi dirinya setiap hari dan cuba jadikan setiap hari itu adalah hari terakhir untuk kamu berdua. Cuba lakukannya dan pastinya kehidupan intim kamu dan pasangan akan berubah ceria. Ini kerana setiap hari kamu akan saling menyayangi antara satu sama lain.

8. Capai persefahaman
Kata orang, perkara yang paling penting dalam kehidupan berpasangan adalah sikap saling memahami antara satu sama lain. Oleh sebab itu cubalah berusaha untuk mencapai persefahaman. Harus diingat rasa persefahaman itu perlu dipupuk dan ianya tidak lahir secara semulajadi.

Paling baik jika kamu bukan sahaja memahami tetapi turut sama di dalam aktiviti-aktiviti yang gemar dilakukannya. Dengan ini, perhubungan yang terjalin akan menjadi lebih erat dan mampu untuk bertahan selamanya.

9. Jangan cepat berbangga
Berjaya memilikinya bukan satu tiket untuk anda berbangga atau bermegah-megah. Anda hanya boleh berbangga jika perhubungan yang terjalin itu berjaya anda jaga sehingga ke akhir hayat anda.

Ini kerana tiada seorang pasangan pun yang gemar memiliki pasangan yang suka berbangga dengan kejayaan yang dimiliki. Oleh sebab itu, sentiasalah bersederhana dan jadikan kehidupan anda berdua sama seperti kebanyakan pasangan lain yang ada di luar sana.

10. Sentiasa bersyukur
Walaupun lelaki memiliki sifat tidak pernah puas, namun berdasarkan kajian yang dilakukan, wanita lebih sukar untuk dipuaskan di dalam apa jua aspek.

Mereka tidak pernah puas dengan apa sahaja yang diberikan oleh lelaki termasuklah layanan di ranjang. Wanita juga dikatakan sukar untuk menahan diri daripada mahu memiliki sesuatu yang sempurna.

Adakalanya mereka sanggup merayu-rayu asalkan apa yang mereka hajati diperolehi. Sikap sebegini amat menjengkelkan lelaki kerana kebanyakan lelaki sukakan wanita yang sentiasa bersyukur dengan apa sahaja yang mereka miliki.